Kek Lemon Bebas Gluten Bersos Oren dan Yogurt

Kek Lemon Bebas Gluten Bersos Oren dan Yogurt

photo-38

Bahan-bahan:-
4 biji telur
1 1/2 cawan gula perang
1 cawan susu
1 cawan minyak masak
¼ cawan jus lemon (1 biji lemon)
1 sudu kecil lemon zest (1 biji lemon)
1 sudu kecil vanilla
2½ cawan tepung bebas gluten
1 sudu kecil xanthan gum
½ sudu kecil garam bukit
1 sudu besar serbuk penaik

Cara-cara:-
1. Panaskan 175°C. Griskan bekas pembakar kek berbentuk bulat saiz 9 inci atau 7 bekas pembakar crème brûlée dengan mentega dan tepung bebas gluten.
2. Pukul telur dan gula perang sehingga kembang selama 3 hingga 5 minit.
3. Satukan susu, minyak, vanila dan lemon jus dalam mangkuk kecil.
4. Satukan tepung bebas gluten, xantham gum, garam bukit dan serbuk penaik dalam mangkuk berasingan.
5. Biarkan mesin pemutar kek dengan kelajuan perlahan dan masukkan adunan kering dan basah sedikit demi sedikit.
6. Masukkan ke dalam bekas pembakar saiz 9 inci atau 7 bekas pembakar crème brûlée (masukkan 3/4 adunan dalam setiap satu bekas crème brûlée).
7. Bakar sehingga 30 hingga 40 minit atau periksa dengan lidi dan tidak berminyak.

photo-35

Sos oren bergula:
250 ml buah oren, (3-4 biji buah oren)
5 biji buah pelaga
125 gram gula perang.

Campurkan semua ke dalam periuk saiz kecil dan masak dengan sudu sederhana rendah sehingga pekat sehingga 10 minit. Biarkan sejuk.

Tuangkan sos dan yogurt ke atas kek dan hidang.

photo-37 photo-39

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s