Lempeng Yogurt Bebas Gluten & Kuah Dal Mysore

Lempeng Yogurt Bebas Gluten & Kuah Dal Mysore

Beberapa hari saya membelek buku India Cook Book oleh Pushpesh Pant. Buku ini saya perolehi dengan jasa sahabat baik saya yang menemui buku ini di Kinokuniya. Satu-satunya dalam stok. Saya gemar membelek resepi dan gambar-gambar hidangan yang mengecurkan liur. Saya kagum begitu banyak resepi chutney dan kuah untuk dimakan dengan capati atau roti.

Saya dengan bersemangat menyediakan kuah dal mysore dan tetapi belum ada lempeng untuk mencicah. Kemudian saya teringat masih ada yogurt yang perlu dihabiskan segera. Saya terus membancuh adunan Lempeng Yogurt yang biasanya sesuai dimakan pelbagai sapuan jem / madu / yogurt dan buah-buahan. Tapi kali ini saya hendak mencicah kuah dal mysore!!!

Mula – mula agak huru hara rupa lempeng ini.

photo 1-2

Setelah beberapa kali cubaan, saya dapat rupa lempeng yang diinginkan. Tapi saya tidak kisah dengan rupa bentuk lempeng ini, yang penting kuah dal mysore dah menanti.

photo 2-3

Resepi Lempeng Yogurt 

Bahan-bahan:-

minyak masak

1/2 cawan tepung beras

4 sudu besar tepung kentang

4 sudu besar tepung ubi

2 sudu kecil gula perang

2 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil garam

3 telur

2 sudu kecil vanila

1 cawan yogurt

Cara-cara :-

Putar telur dan yogurt dalam food processor atau blender. Masukkan semua bahan-bahan dan sambung blend hingga sebati.

Panaskan kuali dengan minyak. Masukkan adunan ke dalam kuali leper dengan membentuk bulatan. Masak sehingga bancuhan mula berlubang daripada buih-buih kecil. Terbalikkan dan masak sehingga lempeng berwarna keperang-perangan.

photo 3-2

photo 4

Resepi Kuah Dal Mysore

Bahan-bahan:-

1/2 cawan kacang dal mysore (kacang dal halus berwarna oren)

perahan lemon (daripada 1/4 biji lemon)

garam

minyak masak

1/2 sudu kecil biji sawi

kulit kayu manis

bunga lawang

1/4 sudu kecil serbuk asatoefida

5 biji cili kering ditumbuk kasar

2 sudu kecil serbuk kari

2 sudu kecil gula perang

Bahan Ditumbuk A:-

3 ulas bawang putih  ditumbuk halus

2 ulas bawang merah kecil ditumbuk halus

1 inci halia ditumbuk halus

1/2 inci kunyit hidup ditumbuk halus

Bahan Ditumbuk B:-

1 sudu kecil jintan manis  ditumbuk halus

1 sudu kecil jintan putih ditumbuk halus

1 sudu kecil biji ketumbar ditumbuk halus
Cara-cara:-

Rendam kacang dal mysore satu malam. Tapis dan rebus sehingga empuk.

Panaskan minyak. Masukkan biji sawi, bunga lawang dan kulit kayu manis.

Masukkan bahan tumbuk A dan B, asatoefida, serbuk kari dan cili kering. Tumis hingga wangi. Masukkan kacang dal dan air rebusannya. Masukkan garam dan air perahan lemon. Masak sehingga dal sebati dengan tumisan. Asingkan sebahagian kacang dal dan kisar halus. Masukkan semula ke dalam periuk dan masak sehingga kuah pekat.

photo 5

Ada sedikit kekurangan! Daun pisang. Tak apalah. Jom makan!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s