Roti Kurma Bebas Gluten

Ku sangat cemburu dengan roti baguette suami ku. Dia sangat menikmatinya dengan sup tulang, daging dan kulit lembu yang dimasaknya berkali-kali. Juga dengan ayam goreng ala pop corn yang dia sendiri sediakan. Mungkin dia terikut-ikut diet saya yang mengurangkan nasi. Tetapi roti baguette bukan ganti nasi yang baik kerana tahap karbohidratnya lebih tinggi. Haih…

IMG_6036

Oleh kerana cemburu dengan roti baguette yang penuh gluten ini, saya mesti mengadakan roti versi bebas gluten untuk diri sendiri. Bagi yang tidak biasa dengan istilah gluten, gluten adalah protein dalam gandum yang menjadikan doh roti anjal dan tidak berderai. Bagi yang sensitif, gluten akan mengganggu fungsi perut dan kesihatan. Perut yang telah cedera dengan gluten atau ‘leaky gut’ menyebabkan nutrisi sukar diserap oleh tubuh. ‘Leaky gut’ juga menyebabkan pelbagai isu imunisasi tubuh seperti penyakit auto imun (athma & eczema), dan memberi kesan langsung kepada kesihatan tubuh dan juga sistem saraf otak manusia.

Oh…cukup-cukuplah tentang isu kesihatan ya?

Saya menggunakan tepung-tepung bebas gluten yang ada di pasaran. Di antara tepung bebas gluten yang mesti saya simpan dalam stok adalah tepung ubi, tepung beras, tepung jagung, tepung kentang, tepung buckwheat, tepung badam hancur dan tepung pelbagai guna Bob’s Red Mill.

IMG_6030

Kurma, coklat hitam, kekacang dan bijian yang jadi bahan kudap-kudapan juga menyedapkan lagi roti bebas gluten. Bahan-bahan ini jadi asal taruh tanpa resepi yang sudah teratur jumlahnya. Agak-agak seperti kata orang tua-tua.

IMG_6022

Setelah siap dibakar setelah 40 minit.

IMG_6025 Oh…coklat hitam 99% koko menerjah deria rasa. 9 biji kurma yang telah dikisar bersama 3 biji pisang memberikan rasa manis yang melegakan.

IMG_6026

Teksturnya mengembang dan merekah.

IMG_6028

Sesuai dimakan untuk sarapan pagi bersama mentega susu dan yogurt asli.

IMG_6031

Resepi Roti Kurma Bebas Gluten

1/2 cawan tepung badam

1/4 cawan tepung kelapa

1/2 cawan tepung bebas gluten pelbagai guna Bob’s Red Mill

1/4 cawan tepung buckwheat

1/2 xantham gum

1 sudu kecil (tsp) serbuk penaik

1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kayu manis

1/4 sudu kecil (tsp) serbuk buah pala

1/2 sudu kecil (tsp) garam himalaya

1 sudu besar (tbsp) gula perang

3 biji pisang (dikisar)

9 biji kurma (dikisar)

1/2 cawan minyak masak

4 biji telur

1 sudu kecil (tsp) perisa vanila. Yang terbaik adalah mengelakkan perisa tiruan dengan menggunakan vanila bean.

Bahan hiasan tambahan

Coklat hitam

Biji labu

Walnut

Cara-cara :-

Satukan tepung badam, tepung kelapa, tepung bebas gluten pelbagai guna Bob’s Red Mill, tepung buckwheat, xantham gum, serbuk penaik, garam, serbuk buah pala, serbuk kayu manis dalam mangkun berasingan.

Masukkan pisang dan kurma dalam food processor. Kisar hingga halus. Biarkan food processor mengisar perlahan. Masukkan perisa vanila, telur, minyak masak, gula perang dan campuran tepung tadi.

Masukkan ke dalam dulang pembakar roti. Taburkan coklat hitam, biji labu dan walnut. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 35 – 50 minit. Periksa roti dengan lidi setelah 35 minit. Jika lidi masih basah, teruskan membakar sehingga masak.

IMG_6033

Yumm..yumm…untuk mereka yang sensitif gluten dan mudah terkesan dengan makanan. Ini perumpamaan yang paling sesuai.

“Makanan biarlah jadi ubat, bukan ubat jadi makanan.”

Dan ia juga sesuai juga untuk semua. Cubalah!

Rujukan :-

http://draxe.com/4-steps-to-heal-leaky-gut-and-autoimmune-disease/

http://draxe.com/7-signs-symptoms-you-have-leaky-gut/

http://draxe.com/leaky-gut-diet-treatment/

Screen Shot 2015-08-23 at 10.08.53 PM

Advertisements

2 Comments Add yours

  1. Lin says:

    Loving your recipes on gluten free food!
    Boleh tahu di mana nak dptkan tepung2 seperti tepung badam, tepung kelapa dan tepung buckwheat? Asek nmpak tepung gandum je kt kedai 😂

    Like

    1. Terima kasih Lin 🙂
      Memang susah nak jumpa tepung-tepung bebas gluten di pasar raya. Tepung badam saya dapat daripada kedai Bagus Bakery di Seksyen 13 Shah Alam. Tepung Buckweat pula saya dapatkan di Jaya Grocers. Tepung kelapa saya beli secara online daripada https://www.rainforestbalance.com/collections/all-products/products/coconut-flour.
      Resepi bebas gluten banyak kelebihan zat dan khasiat. Dah cuba mana-mana resepi bebas gluten yang lain?

      Thanks Lin for dropping by here.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s