Pizza Tepung Kacang Kuda (Pizza Socca)

IMG_2803

Di antara cabaran sebagai seorang yang bebas gluten adalah mencari gantian kepada tepung gandum. Namun, gandum memang tiada ganti yang mudah kerana gluten itulah yang memberikan sifat gandum yang megental dan menganjal. Jadi, saya perlu terima keadaan tepung tanpa gluten dan menumpukan kepada tekstur, rasa dan nutrisi.

Pencarian tepung ganti mendatangkan keseronokan kerana mencetus idea untuk menghasilkan tepung kisar sendiri. Stok kacang kuda memang sentiasa ada. Sesudah bosan dengan kacang kuda panggang dan rebus, lebihan kacang kuda pun saya kisar.

Kacang kuda mempunyai zat protein, zat besi, phosphate, kalsium, magnesium, manganese, zinc, vitamin K, vitamin C, vitamin B-6, potassium, selenium, folate dan choline. Kajian juga mendapati kacang kuda membantu mengurangkan kolesterol dalam darah. Selain itu, kandungan serat yang tinggi bagus untuk kesihatan perut dan penghadaman. Ia juga membantu mengimbangkan kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetes.

Kelebihan tepung gantian gandum daripada jenis kekacang adalah nutrisi dan manfaat kesihatan daripadanya. Berlawanan dengan kesan gluten yang menyukarkan penghadaman.

IMG_2797  IMG_2799

Menariknya, apabila mencari resepi daripada kacang kuda, roti nipis socca atau farinata yang berasal daripada Itali bertalu-talu dalam hasil carian. Hari ini terdetik hati untuk mencuba resepi socca yang saya simpan. Gara-gara setelah membaca cerita Kate seorang vegetarian foodie blogger menyediakan Socca Pizza with Summer Squash and Feta di blog Cookie + Kate.

Saya pun, mulakan cerita saya sendiri.

Kacang kuda yang ada dalam stok jenis kacang kuda hitam. Apabila dikisar menjadi serbuk keperang-perangan. Dan mestilah menggunakan mesin pengisar berkuasa tinggi bagi mendapatkan tekstur halus seperti tepung. Jika tiada mesin pengisar kuasa tinggi, sebagai alternatif, boleh juga dapatkan tepung kacang kuda di kedai bakeri atau pasar raya.

IMG_2800 IMG_2801

Bahan asas yang ada cuma keju, tomato dan bawang. Maka seringkas itu juga Pizza Socca ini.

Dua potong sudah kenyang.

IMG_2802 IMG_2803

LEMPENG TEPUNG KACANG KUDA / SOCCA 

  • 1 cawan (130g) tepung kacang kuda
  •  280ml air
  • 3/4 sudu kecil garam
  • 1/8 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 1/2 sudu besar minyak zaitun
  • 1/2 serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil mixed herbs
  1. Gaulkan tepung, air, garam, serbuk jintan putih, lada hitam, minyak zaitun dan mixed herb. Tutup bekas adunan dan simpan selama 2 jam pada suhu bilik.
  2. Sapukan bekas pembakar dengan minyak zaitun. Lapiskan dengan kertas (baking paper). Panaskan bekas pembakar dalam oven.
  3. Tuangkan bancuhan ke dalam bekas pembakar. Adunan ini nipis sahaja.
  4. Dibakar sehingga adunan mengeras seperti biskut. Socca boleh dimakan begitu saja.

PIZZA SOCCA

  • 1 cawan keju mozarella atau cheddar parut
  • 1 biji tomato dihiris
  • 1/2 biji bawang merah dihiris
  • 1 biji cili merah (jika mahu pedas)
  1. Potong socca saiz sama rata.
  2. Letakkan keju, potongan tomato, bawang merah, jika mahu pedas boleh letakkan potongan cili besar.
  3. Bakar dengan suhu 170 darjah selsius sehingga 20 minit.
  4. Sedia untuk dimakan.

Rujukan : 

  1. Chickpeas : Health Benefits, Nutritional Information.
  2. What’s New & Beneficial About Garbanzo Bean
  3. Dietary supplementation with chickpeas for at least 5 weeks results in small but significant reductions in serum total and low-density lipoprotein cholesterols in adult women and men. 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s