Sup Labu & Lempeng Kacang Kuda (Pumpkin soup & Garbanzo Bean Pancake)

Sup Labu

 IMG_2810 IMG_2811 IMG_2818 IMG_2820 IMG_2822

Bahan-bahan:-

1/2 biji labu manis saiz sederhana

minyak zaitun

2 biji cili kering

1 tablespoons biji ketumbar

1 teaspoon lada hitam

1 biji bawang besar

3 biji bawang putih

1 batang saderi

1 cawan air rebusan daging / ayam

1/4 cawan keju cheddar parut

3 tablespoon susu

Biji labu dipanggang dalam oven.

Cara-cara:-

Panaskan oven sehingga 170°C.

Cili kering, lada hitam dan biji ketumbar ditumbuk menggunakan lesung batu. Tumbuk berasingan.

Potong labu menjadi saiz kiub kecil. Masukkan ke dalam dulang pembakar. Tuangkan minyak zaitun. Taburkan cili kering, biji ketumbar dan lada hitam yang telah ditumbuk. Panggang labu selama 1 jam atau sehingga lembut.

Potong bawang besar, bawang putih dan saderi. Panaskan minyak dalam periuk kecil dan tumis bawang besar, bawang putih dan saderi sehingga masak layu.

Masukkan labu yang telah siap dipanggang bersama air rebusan ke dalam food processor. Kisar hingga lembut.

Masukkan sup labu ke dalam periuk. Panaskan sup dan boleh tambahkan air rebusan sekiranya mahukan sup yang kurang pekat. Masukkan keju parut dan susu. Masukkan garam secukup rasa.

Taburkan biji labu yang telah dipanggang untuk hiasan. Hidang.

IMG_2821

Lempeng Kacang Kuda
Bahan-bahan:-
9 tablespoons tepung beras
3 1/2 tablespoons tepung kentang
5 teaspoons tepung ubi
4 tablespoons tepung kacang kuda (kacang kuda dikisar)
2 tablespoons tepung kelapa
2 tablespoons mentega dicairkan
2 teaspoons minyak zaitun
3 biji telur
1/2 teaspoon garam
3/4 cawan susu
Cara-cara:
Campur semua tepung dalam mangkuk dan garam. Putar telur dalam food processor. Masukkan mentega cair, minyak zaitun, susu dan campuran tepung.
Panaskan minyak dan masak lempeng sehingga habis bancuhan.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s