The Grand Budapest Hotel

  Seorang penulis kadangkala tidak perlu mencari cerita. Ini adalah kisah seorang penulis yang menemukan cerita di Hotel Grand Budapest. Kisah pemilik hotel yang tinggal dalam bilik pekerja yang kecil. Zero Moustafa adalah Lobby Boy yang melengkapi Hotel Grand Budapest. Dia menjangkakan keperluan pelanggan hotel sebelum keperluan itu dijangkakan oleh pelanggan sendiri. Ini kisah persahabatan…

Ruby Sparks

    Kisah seorang novelis, Calvin Weir-Fields hilang cetusan ilham setelah kejayaan novel pertamanya pada usia 19 tahun. Hidupnya jadi kosong dan hanya bertemankan anjing yang menjengkelkan dan abang yang sentiasa mempersoalkan jalan kehidupannya. Sehingga suatu hari, dia bermimpi tentang seorang gadis yang menyukai anjingnya yang menjengkelkan. Lalu dia menuliskan watak gadis itu, hari demi…

Pencarian Food Processor

Sudah lama menyimpan hasrat memiliki food processor sendiri. Banyak kerja-kerja renyah seperti merincih, menghiris, mencincang, memarut dan mengadun dapat dimudahkan dengan food processor. Apatah lagi sedang mengobses diri memasak pelbagai resepi bebas gluten yang banyak menggunakan bahan segar seperti keledek dan labu bagi menggantikan tepung gandum. Atau pun bagi resepi clean diet iaitu makanan disediakan sendiri dari bahan…

Bersayap Mimpi Dalam hati

Di celahan dahan waktu aku melihat sepasang sayap Milikku yang terjerat di celahan rimba kesibukan Sedang jiwa nubariku mahu terbang jauh di celahan awan Menikmati seindah dunia dan selangit luas yang ditatap Jika aku cenderawasih Sudah ku terbang menyusupi awan Buat mengubati jiwa yang lara Jadi penawar rusuh yang melanda Aku, sang manusia yang bersayap…

Warna Cinta : Colour of Loves

14 Mac 2012 Oleh: faizah shafawi hidup itu penuh warna yang terbang dari langit setiap biasnya ada cerita dan di sana berhikayat biru cinta yang luas nilakandi mata hati ungu rasa yang dalam lembayung suara pesona hijau cinta yang damai dersik gemalai dedaunan rindu merah warnai nyawa kudupan harum menguja kuning tersenyum manja girang menyambut…